1. Melakar abjad pada pasir.
Keterangan aktiviti :
Pelajar diberi bekas berisi pasir.Guru menunjukkan abjad (contoh abjad "A")
Guru tunjuk bagaimana melakar abjad "A"
Pelajar melakar abjad "A" berulang kali.
Setelah mampu melakar dengan baik, alih kepada abjad lain.
2. Abjad pada belon dan padankan
Keterangan :
a)Belon yang dilekatkan dengan abjad ditunjukkan kepada pelajar
Guru sebut abjad dan diikuti oleh pelajar
Guru tunjuk belon
Pelajar sebut abjad yang ditunjukkan
b)
Pelajar diberi beberapa keping kad seorang.
Guru sebut abjad dan pelajar yang memegang kad abjad bangun memadankan kad dengan abjad yang terlekat di belon sambil menyebutnya.
3. Melakar abjad pada kertas pasir
Keterangan :
Pelajar diberi satu kad abjad kertas pasir setiap seorangPelajar dikehendaki melakar abjad (mengikuti guna jari)
Guru akan bertanya setiap seorang pelajar huruf yang "ditulis"
Setelah selesai, kad akan ditukar sesama pelajar sehingga semua abjad ditulis.
Nota: Bagi merangsang deria saraf bagi menguatkan ingatan abjad